Abadi: Catatan Ramlah


14 Mac 2017

Ada banyak perkara yang aku sesali sepanjang kehidupan aku. Kitaran hari-hari yang berulang ini bukan satu daripadanya. Malah, aku suka pada kitaran hari-hari ini. Aku suka pada kehidupanku yang secara tiba-tiba terlepas daripada bebanan masa dan tanggungjawab yang dibawa oleh peredarannya yang sehala. Aku suka masa yang aku luangkan bersendirian di dalam perpustakaan itu. Perpustakaan yang orang tidak lawati. Satu, kerana era kemodenan telah membawa bersamanya arus kemajuan yang menongkah ke tepi keperluan untuk bahan rujukan dan hiburan dalam rupa fizikal seperti buku dan majalah. Kedua, kerana perpustakaan ini disumpah oleh satu sumpahan yang membawa maut. Walau apa pun sebabnya, aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk bersendirian bersama buku-buku kesayanganku. Tuan Sahar mempunyai koleksi buku yang sangat menarik dan mengujakan, dan aku takkan bosan berada dalam dakapan buku-buku dan debu-debu yang sentiasa menari riang dalam ruang tersebut.

Ada banyak perkara yang aku sesali sepanjang kehidupan aku. Kebanyakannya telah aku lupakan, ataupun telah ditelan oleh arus peredaran masa. Masa yang berkisar pada titik ini tetap bergerak pada satu landasan yang lurus, aku rasa? Kerana biarpun berapa kali ia berulang, aku tetap mengingati ulangan sebelumnya, dan memori aku bertambah dari hari ke hari. Bagaikan masih bergerak pada satu landasan yang lurus, bukannya satu litar yang tertutup. Aku kurang pasti apa yang membawa kepada fenomena ini. Apa yang aku pasti ialah memoriku tidak terjejas oleh fenomena ini. Atau mungkinkah memori aku juga dipengaruhi oleh fenomena ini, hanya dalam satu bentuk yang aku tidak sedari? Ia satu kemungkinan. Mungkin juga benar bahawa perpustakaan itu membawa sumpahan, dan ini satu bentuk sumpahan yang orang ramai tidak ketahui. Jika ini satu sumpahan, apakah aku akan berakhir seperti Hana, mati dalam keadaan yang mengerikan? Atau abangnya Johan, kembali ke tanah air sekujur jasad tanpa nyawa?

Aku tidak tahu.

Ada banyak perkara yang aku sesali sepanjang kehidupan aku. Tetapi semuanya kabur, menghilang apabila fenomena ini bermula. Aku boleh ponteng kerja dan tidak akan dimarahi pada keesokan hari. Aku boleh merantau sejauh seharian perjalanan ke mana sahaja yang aku impikan, asalkan jaraknya seharian perjalanan. Aku boleh mencuba bermacam jenis kek di kedai roti di hujung pekan tanpa risau akan kalori dan berat badan dan wang perbelanjaan bulanan. Dan yang paling penting, aku boleh membaca semua buku yang ingin aku baca sebanyak mana yang aku suka, selama mana yang aku hajati, sepuas mana yang aku mahu ulangi. Seusungguhnya, benarlah demi masa, manusia itu kerugian. Tetapi jika masa itu boleh dipakai semula bagai beg plastik dari pasar raya, masihkah kita kerugian? Jika kitaran ini infiniti, dan aku berada dalam relungan infiniti itu, apakah aku masih kerugian? Aku berasa tidak.

Hinggalah aku ketemu kamu.

Ada banyak perkara yang aku sesali sepanjang kehidupan aku. Bagaimana aku merajuk dengan ayah, dan ayah kemalangan semata-mata ingin pulang ke rumah dan memujukku. Ketika aku mendapat tawaran untuk belajar di universiti, tetapi aku terlalu takut untuk hidup berasingan daripada mama, lalu aku menolak tawaran tersebut. Bagaimana aku tak pernah meluahkan perasaanku kepada Johan sepanjang tiga tahun sekelas dengannya, dan kini berasa iri hati apabila melihat dia mula rapat dengan budak Raihan yang dahulu selalu memanggil aku kakak dengan mata yang bundar bersinar-sinar. Mungkin banyak lagi. Tetapi semuanya picisan apabila dibandingkan dengan sesalan aku yang terkini. Semuanya, ya semuanya, termasuklah peristiwa yang melibatkan nyawa keluargaku dan masa depanku, semua tampak remeh berbanding sesalan terbaharu ini. Dan untuk itu, aku tak tahu sama ada harus aku terus membenci dirimu atau haruskah aku membenci diriku kerana terlalu bersuka-ria mengambil kesempatakan ke atas fenomena pelik ini. Mungkin benarlah fenomena ini hasil sumpahan perpustakaan itu, dan mungkin benarlah perpustakaan itu tersumpah. Mungkin inilah balasanku kerana terlalu memandang remeh fenomena ini. Tetapi aku tetap ingin luahkan di sini segala yang memberat di hati selama beberapa kitaran ini.

Shafie, aku menyesal bertemu denganmu.

6.00 am

22 November 2017

Advertisements
Abadi: Catatan Ramlah

Riyuren: Naga Nusantara


“Kalau dah sampai rumah, bagi tahu tau!” kata Rina kepada Sofia.

“Ok. Korang pun balik elok-elok tau!” balas Sofia lalu melambai sebelum bergerak ke arah pagar tiket.

Aku, Rina, dan Amir terus melihat ke arah Sofia. Langkah kakinya kecil, membawa sesusuk tubuh yang comel melepasi pagar tiket dengan kad Touch ’n Go sebelum dia menaiki eskalator ke pelantar tren. Sempat lagi Sofia melambai ke arah kami sebelum dia hilang di balik tiang dan lantai tingkat atas. Kami bertiga melambai kembali sambil tersenyum.

“Ok lah. Kita pun nak balik dah ni. Tren dah nak sampai dah ni,” kata Rina sebaik sahaja Sofia hilang dari pandangan kami.

“Pandu elok-elok nanti. Kalau penat sangat, tak payahlah ke lab malam ni,” pesan Amir kepada Rina.

Rina sekadar tersengih kelat. Pesanan Amir itu terasa menyengat kerana benar dia sudah kepenatan minda dan fizikal, tetapi kerjanya belum selesai. Minggu hadapan dia harus berdepan dengan pihak MOSTI untuk membentangkan dapatan kajiannya, tetapi keputusan yang ada pada tangannya kini kurang memberangsangkan. Pelawaan aku untuk bertemu malam ini bagai satu keajaiban kepada dirinya, kerana dia sudah beberapa bulan tidak diajak keluar oleh sesiapa. Bulatan kenalannya semua sedia maklum bahawa dia sedang mengejar masa dan harus fokus pada kajiannya. Maka, atas timbang rasa semua, mereka membiarkan dia seorang diri di makmal. Biarkan Rina dengan kajiannya. Kelak dia tak mampu menumpukan perhatian jika kita mengajaknya keluar. Mereka yang rapat dengan Rina tahu bahwa dia sedang sibuk, dan mengambil keputusan untuk membiarkan dia dengan dirinya dan kajiannya.

Tetapi aku tidak cukup rapat dengan Rina untuk mengetahui bahawa dia sedang sibuk dan kesuntukan masa. Jadi aku mempelawa Rina tanpa mempertimbangkan situasi yang dia hadapi. Dan nampaknya keputusan aku ini suatu keajaiban untuk Rina, kerana kepalanya sudah sesak tepu dengan kajian. Dia perlukan satu nafas segar dalam kehidupan. Dia perlukan rehat. Dan pelawaan ini peluang yang terbaik untuk mindanya berehat.

“Terima kasih kerana prihatin, Amir. Kita cuba ya. Awak pun janganlah segan nak lepak kalau turun KL. Bagi tahulah kat kita semua, ya?” balas Rina dalam nada bersenda.

Amir sekadar tersenyum tipis. Awal tadi, kami bertiga menyakat Amir dengan gelaran antisosial dan kawan lupa kawan kerana sifatnya yang suka berdiam diri jika datang ke Kuala Lumpur atas tujuan kerja. Dan nampaknya Amir terkesan dengan gurauan kasar kami. Tetapi dia tahu bahawa kami tidak berniat jahat. Semua ini hanya untuk memuaskan rasa sentimental masing-masing yang telah mengorak langkah ke arah yang berbeza dalam kehidupan sebaik sahaja tamat pelajaran.

“Ya lah. Lain kali aku post kat twitter, IG semua yang aku turun KL, ok?” Amir berseloroh sambil buat-buat merajuk.

Kami bertiga tergelak serentak. Sambil menggelengkan kepalanya, Rina mula mengorak langkah ke arah pintu komuter.

“Ok. Kalau kita tak tahu awak datang tapi tak post, siap awak. Bye!” kata Rina sambil melangkah laju ke pagar tiket komuter.

Ditelan oleh gerombolan manusia yang memenuhi ruang stesen, tinggallah aku dan Amir berdua. Amir menoleh ke arah aku, senyuman sayu di wajah.

“Tak sangka boleh jumpa hampa semua kali ni,” Amir berkata perlahan.

“Tu lah hang, tak nak beritahu kalau mai sini,” balasku berjenaka.

Kami berbalas senyuman. Sudah berapa lama kami tidak bersenda-gurau sebegini? Sudah dewasakah kami untuk tidak bergurau kasar antara kawan-kawan sebegini? Kelabu kehidupan dewasa ini sedikit memeritkan, dan ia terserlah di wajah masing-masing apabila bertemu sebentar tadi. Baik Rina dengan sarjananya, Sofia dengan masalah orang atasannya, Amir dengan kerja freelancenya, dan aku dengan jumudnya. Masing-masing terpukul oleh ombak kehidupan yang dinamakan kehidupan dewasa ini. Kami sangka kami mampu berlayar di atas ombak tersebut, sepertimana kami melayari angan-angan dan cita-cita ketika belajar bersama dahulu. Tetapi kami silap. Dewasa ini lebih berat daripada apa yang boleh dilihat dengan mata kasar. Ia memakan sedikit demi sedikit keceriaan remaja yang dahulu bersemi di dalam hati masing-masing. Dan akhirnya kami dibiar mematang, tetapi dingin antara satu sama lain.

“Nak aku hantar hang balik kah?” Amir bertanya kepadaku.

“Tak apalah. Aku naik monorel je balik rumah. Lagi senang. Tak payah susahkan hang,” aku membalas, menolak pelawaannya.

“Oh, ok. Kalau begitu, sampai bertemu lagi, sahabat,” balas Amir sambil menyorongkan tangan kanannya kepadaku.

Aku menyambut tangannya dengan satu salaman yang kejap. Wajah masing-masing dirias senyuman lega yang sedikit melankolik. Bilakah kami akan bertemu lagi? Hari ini pun hanya empat daripada lapan orang ‘Geng Jalan-Jalan’ dapat berkumpul di sini. Yang lain hanya mampu merembeskan kecemburuan mereka dalam kumpulan Whatsapp kami berlapan. Sungguh, kehidupan dewasa ini memisahkan kami. Tetapi sekurang-kurangnya kami tahu bahawa setiap satu daripada kami masih mengingati antara satu sama lain, bukan?

Selepas berjabat tangan dengan Amir, kami membawa haluan masing-masing. Melangkah ke arah stesen monorel, aku memasang fon kepala. Lagu-lagu kugiran Shojoskip daripada album Cosodorokitsune mereka mengalun dari telefon pintarku ke set fon kepala melalui gelombang yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Mengalun dengan irama shoegaze yang mengasyikkan, yang peliknya menyerupai perasaan yang sedang bermain di hatiku kini. Sebaik sahaja tren tiba di pelantar dan penumpangnya melangkah keluar, aku melangkah masuk lalu mengambil tempat duduk menghadap bahagian luar.

Tren monorel sedikit lapang pada malam ini. Mungkin kerana ini malam minggu. Esok hari Isnin dan kebanyakan orang akan mula berkerja. Jadi mereka lebih memilih untuk tidak keluar pada malam ini. Mereka lebih senang menghabiskan masa di rumah, merehatkan badan dan minda sebelum menempuh kerja dan kesesakan lalulintas yang sinonim dengan hari Isnin. Merekalah, bukan aku, kerana aku berkerja syif di sebuah outlet 7-Eleven berhampiran rumahku. Aku tidak merasai Monday blues yang para pekerja kolar putih ini rasai. Itu satu kebaikan berkerja syif. Tetapi banyak juga perkara lain yang aku tidak dapat rasai kerana aku berkerja syif. Contohnya, nikmat cuti umum yang jatuh pada pertengahan minggu. Ataupun masa renggang hujung minggu yang boleh dikongsi dan diraikan bersama rakan-rakan yang lain yang juga mempunyai hujung minggu yang lapang. Ya. Banyak juga nikmat lain yang aku tak dapat rasai kerana kerja ini. Kerja yang di bawah kelayakanku sebagai seorang pemegang ijazah sarjana muda, tetapi satu-satunya kerja yang aku mampu pegang selepas enam bulan berusaha mencari kerja selayaknya kelulusanku. Ah, sakitnya hidup dewasa ini!

Sedang aku merungut sendirian, pintu tren ditutup dengan satu deringan yang kuat. Sebentar kemudian, tren tersebut mula bergerak pada landasan monorelnya. Landasan yang tunggal, yang tak boleh diubah sesuka hati. Mungkinkah kehidupanku juga seperti tren ini, terlekat pada landasan monorelnya hingga ke penghujung masa? Mungkin aku ditakdirkan untuk kerja di 7-Eleven hinggalah ke akhir masa? Takdirku mungkin di situ sahaja, dan aku akan kekal jumud di situ. Satu perasaan rawan mula mengisi ruang benakku, selajur dengan ruang mindaku dihimpuni idea bahawa aku akan kekal di sini selamanya.

Aku tahu, untuk berubah, aku harus menggerakkan diri ke arah perubahan terlebih dahulu. Perubahan tidak akan datang bergolek selagi aku sendiri tidak berubah. Tapi bagaimana untuk berubah? Tidak cukupkah aku berusaha untuk mengubah diriku, takdirku? Berapa banyak surat dan e-mel telah aku hantar? Berapa banyak syarikat dan badan kerajaan yang telah aku hubungi? Kenapa usahaku tidak berbuah hasil? Hasil yang berbuah setakat ini hanya di kedai serbaneka 24 jam yang terkenal seluruh dunia, dan aku tidak berfikir dua kali untuk merembatnya.

Sedang aku hanyut dalam fikiran dan perasaan dan alunan melodi, tren telah tiba di stesen seterusnya. Beberapa orang menaiki tren ini, tetapi ruang tempat duduk sebelah diriku masih kosong. Dengan deringan yang kuat, sekali lagi pintu tren ditutup, dan sekali lagi tren tersebut mula bergerak membelah kegelapan malam. Tetapi ia tak perlu takut pada kegelapan. Ia tak perluk khuatir, kerana landasannya tunggal dan pasti. apa yang perlu tren ini dan pemandunya lakukan hanyalah sekadar maju ke hadapan, dan ia akan tiba di destinasi seterusnya. Mungkinkah jika aku bersungguh dengan apa yang aku ada kini,aku akan tiba di destinasi yang lebih hebat, lebih daripada yang terpampang di depan mataku kini. Siapa kata maju ke hadapan pada landasan yang telah ditetapkan, landasan yang tunggal itu, sesuatu yang sia-sia? Mungkin destinasiku akan kelihatan jika aku teruskan pada landasan tunggalku ini, sama seperti tren ini.

Lagu Arisu mula berkumandang di fon kepalaku. Bunyi kerincing dan petikan gitar yang monoton pada permulaannya membuka kepada bunyi gitar bass dan iringan keyboard yang mengalun dengan satu semangat yang makin membara, diikuti pula oleh hentakan dram yang mantap tetapi sederhana, sebelum berakhir dengan kesenyapan yang mendadak untuk sesaat. Dan selepas saat sunyi itu, satu letupan muzik yang ceria dan bersemangat berserta vokal yang bersahaja tetapi membawa perasaan ‘kuat’ atau ‘tabah’. Alunan muzik dan ayunan tren pada monorelnya seakan-akan cuba untuk menghayun diriku keluar daripada fikiran yang bukan-bukan, yang negatif, yang kelam. Serentak dengan itu, tren ini menelusuri relnya yang kini selari dengan jalan raya bertingkat yang aku tak ketahui namanya. Lampu dalam badan tren melimpah keluar daripada tingkapnya yang petak memanjang, membasahi permukaan tepi jalan raya bertingkat itu. Dalam kegelapan malam, lampu itu seakan-akan seekor naga yang berlari pada mengiringi tren ini. Cuma, naga itu berlari pada jalan raya bertingkat itu. Semakin lama aku tenung larian cahaya itu, semakin menarik aku rasakan. Bentuknya berubah mengikut jarak landasan daripada jalan raya itu, menghasilkan ilusi bahawa naga itu sedang melenggang-lenggok dan bukannya ‘terbang’ dalam bentuk yang linear.

Sambil tren dan naga ini beriringan, sebuah van melaju di atas jalan raya bertingkat itu. Tiba-tiba, pintu sisinya dibuka, dan kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam berdiri di muka pintunya. Dengan sesuatu terhunus di tangannya, dia melakukan satu gerakan yang pelik, bagaikan satu tarian, sebelum melontarkan ‘sesuatu’ itu ke arah cahaya yang mengiringi tren.

Dan cahaya itu menggeliat bagai mengelak lontaran tersebut. Kepala cahaya itu mula membentuk mulut yang menyeringai, dan mata yang merah marak membara mula kelihatan tersembul keluar.

Mataku terbeliak luas. Segera aku lurutkan fon kepala dari mendakap telingaku. Cahaya itu tidak lagi kelihatan seperti ia terhasil oleh lampu dalam tren ini. Aku lantas berdiri dan mendekati cermin tren, kurang pasti dan kurang percaya dengan apa ayng telah aku saksikan. Ku kelipkan mata beberapa kali, tetapi pada ketika ini, landasan tunggal tren ini membawa tren menjauhi jalan raya bertingkat itu. Makin menjauh, kepalaku tertoleh sama ke arah cahaya yang masih ‘berlari’ di tepi jalan raya bertingkat itu. Van yang kelihatan tadi masih mengejar cahaya itu, dan lelaki serba hitam di dalamnya membuat beberapa gerakan susulan yang makin sukar untuk dimengerti. Akhirnya, jalan raya itu langsung tidak kelihatan daripada tren yang melaju ini.

Aku kembali duduk di tempat tadi. Jantungku berdegup laju semacam. Ku kelipkan mata berulang kali. Apakah yang telah aku saksikan sebentar tadi? Apakah aku berhalusinasi? Benar, kehidupanku kini terasa lohong. Terasa terlalu biasa, terlalu penuh dengan kelabu dewasa, ingin sahaja aku berdoa agar sebuah fantasi ataupun insiden yang bukan-bukan memercik mewarnai dunia dewasaku yang bosan tidak bermaya ini. Tetapi bukanlah dalm bentuk halusinasi seperti ini! Apakah kestabilan mentalku sudah mula goyang dek tekanan perasaan dan kehidupan? Apakah aku sudah gila?

Tren monorel ini diperlahankan apabila memasuki ruang stesen seterusnya, tetapi jantungku dan fikiranku masih ligat. Akhirnya berhenti, pintu tren dibuka, membenarkan orang keluar masuk dari badannya. Segerombolan manusia menaiki tren di stesen ini, tetapi aku tidak endah pada mereka. Mindaku masih terlekat pada pemandangan tadi. Benar atau khayalan, ia sesuatu yang luarbiasa. Ia sesuatu yang mengujakan!

Mindaku mula dipenuhi oleh fikiran yang bermacam-macam, sama seperti tren ini yang mula dipenuhi orang. Persoalan yang tak berpenghujung, monolog yang pelbagai berlarian serentak dengan pengisian tren ini. Tempat duduk yang kosong di sebelahku juga diduduki seseorang. Beberapa orang lain terpaksa berdiri kerana ruang tempat duduk sudah penuh. Aku menundukkan pandangan, tak ingin diganggu fikiranku yang bercelaru dan teruja ini buat masa kini. Fon kepala kubiarkan tersangkut di pangkal leher. Lagu-lagu Shojoskip masih berkumandang, tetapi aku tak kisah sudah padanya. Cepatlah bergerak, wahai tren! Aku ingin melihat limpahan cahayamu sekali lagi, dan ingin memastikan bahawa apa yang aku lihat tadi bukan kebenaran tetapi sekadar khayalan.

Akhirnya, pintu tren ditutup dengan deringan yang kuat, sama seperti di stesen-stesen sebelumnya. Tren mula bergerak kembali, dan badannya mula terhayun sekali lagi. Aku cuba untuk melihat limpahan cahaya daripada tren ini pada permukaan bangunan-bangunan di luar, tetapi mereka yang berdiri di hadapanku menghalang pandangan. Geram dan tidak berpuas hati, aku melepaskan satu keluhan. Mungkin apa yang aku lihat sebentar tadi hanyalah khayalan. Mainan minda yang terlalu penat kerana jumud setempat, yang mengharapkan yang bukan-bukan untuk datang menerpa membawa perubahan yang aku sendiri tak mampu bawa kepada kehidupanku sendiri. Menaruh harapan pada khayalan untuk membebaskan diri daripada realiti yang menyesakkan nafas dan fikiran. Alangkah bodohnya aku untuk bertindak sedemikian!

Sekurang-kurangnya Sofia dan Rina dan Amir, biarpun sama-sama sedang menempuh kelabu dewasa yang sama sepertiku, tidaklah bertindak sebegini di luar siuman. Memikirkan hakikat ini, aku malu sendiri. Wajahku terasa panas. Begitu juga dengan telingaku. Ingin sahaja aku kuburkan wajahku dalam baju, seperti kura-kura yang mampu menarik kepalanya masuk ke dalam cangkerang, tetapi aku seorang dewasa. Aku bukan lagi seorang budak. Apa yang mereka, para penumpang lain, akan fikirkan jika aku berbuat sedemikina di sini? Maka, satu-satunya cara untuk aku asingkan diri daripada seluruh isi tren ini adalah dengan memakai semula fon kepalaku.

Dengan kedua-dua belah tangan memegang kedua-dua belah set fon kepala, telingaku hampir didakap irama dan ritma muzik apabila satu tapak tangan menyentuh tangan kiriku. Lebih tepat jika aku katakan bahawa tangan tersebut bukan sekadar menyentuhku, tetapi memegang tangan kiriku, menghalang aku untuk memakai fon kepala. Aku lantas menoleh ke kiri ke arah empunya tangan itu, dan mataku disambut oleh sepasang mata yang kecil dan dingin. Seorang gadis dengan sweater biru gelap dan hud disarungkan di kepala memandang ke arahku dengan pandangan yang sangat menusuk, ia seakan-akan diperbuat daripada serpihan kaca. Menyedari bahawa perhatianku berada dalam jerutannya, dia mula bersuara. Suaranya kecil sahaja, begitu halus, aku hampir tidak dapat menangkap butir bicaranya. Tetapi sebaik sahaja mindaku memproses bait-bait katanya, bulu romaku meremang. Dahiku mula berkeringat. Begitu juga dengan pangkal tengkukku. Menyedari aku tidak memberikan sebarang respons lisan, dia mengulangi kata-katanya.

“Kau nampak tak naga tadi?”

11.30pm

16 November 2017

Riyuren: Naga Nusantara

Chasing Dragons on Elevated Highways


I have two guys in my seminar. I had a crush on one. He’s the silent type, but caring and respectful in every way possible. I’d shown him with what I think is obvious body language border-lining slutty and cheap that I’d like him to make a move on me, but I keep it to a bare minimum. I don’t want to appear clingy although I am. I’d also like to appear dignified, not easy. I waited, he waited more. He was so kind, it hurts inside. It is as if, although being younger than me, he looks at me with eyes of a dependable older brother, and me nothing but a younger sister whom needs help. I gave chances as if giving out food coupons at a school fair and waited some more.

But he disappoints me.

Then there’s the PhD student with every ounce of his being dedicated to making the world a better place. He’s in the same lab as me. He’s passionate, and that passion resonates within me, a struggling hatchling fumbling through her master’s degree. He has a queer eye for the mundane. Ah, yes, he’s almost like you! In that regard, I mean. lately we’ve been hitting it off quite well. He’s kind and geeky, but in a good light, I mean. And that side of him only makes my heart beats faster. The thing is, he has a girlfriend. A long distance relationship. Heard that they are in dire straits, and I can’t help but feel happy about it. I know I’m wrong in feeling so, but what can I do? Is it even wrong to be happy when seeing that the chances of you getting together with the one you like increases?

And on that other day, he sort of worded it himself. He unintentionally told the lab akak next door that he has feelings for me. My heart jumped to the news, swayed uncontrollably even. I was not prepared, although had been hoping, for this. And that is not the end to it. That was only the start of it, as I was startled by another whisper. You see, that guy I had a crush on earlier? It seems that the crush was mutual. And now lopsidedly on his end only. I’m infuriated by this piece of knowledge. Had he came and man up sooner, I’d willingly accept. I mean, I was infatuated by him. But even now, even this piece of information I got through whispers. He still acts the same around me to this day. He didn’t tell me upfront, but rather disclose this to his labmates (he’s in another lab). Why can’t you man up and tell it straight in my face? Why should you torture me so?

So now, I ask of you, what should I do? Which should I choose? The younger ‘older’ brother who secretly likes me but acts indifferent, or the dedicated societist with yet-certain relationship status? Any advice?

I smiled widely, hilarity struck me perhaps because even though the matter seems grave to her, it seems pretentious and fickle to me. Perhaps the mood is just too lighthearted for a heavy(?) conversation, what with k-pop blaring off in the background and jokes cracked out earlier. Perhaps it is indeed a grave matter as my words here may encourage her down the wrong path, and her future decidedly by words lightly given by a friend who does not see this as something serious. But I think I’m weighing my words too much. My words don’t hold merit whatsoever. What I say here may change her future is an overstatement fueled by pride and condescendence. In short, what I’ll say is bullshit, because in the end, she’s the one who’ll pull the trigger, no matter where she intends to aim. So I gave out someone’s word of advice once given to me back in 2010.

There’s this uncle I once know who told me something that may help you in this.. predicament of yours. He told me, if you are ever in a bind to choose between the one you love and the one who loves you, choose the latter, and you will find a lasting relationship.

She went silent for a moment. Thinking, I assume. Then she takes to the mic once again.

Does this apply to both men and women, or only for the girls?

Of course it’s for both. What do you mean?

Well, if you have a group of boys and girls, and each girl likes a boy who likes a different girl who in turn likes a different boy and the cycle continues, and assuming that uncle of yours is correct while putting systematical errors and deviations aside, wouldn’t that only suggest that the cycle continues, only this time in the opposite direction? Wouldn’t that create an endless goose chase?

I was hammered silent. Then she threw a smile my way.

If this simple logic experiment got your tongue, I suggest you go back to that uncle and tell him this flaw in his sage advice. Or do you not understand what I meant?

No, I understand perfectly. You do have a point. But like I said, those are not my words. They are but the uncle’s. Besides, not everyone will follow this advice because it is only an advice, not an obligation nor a rule.

That is why I told you to find that uncle you met years ago and tell him our findings tonight.

We laughed at the idea of searching for an old man I haven’t met in years only to tell him that his advice is somewhat flawed in a perfect world. Cracking at the shaved ice which had congregated into boulders in the bowl of binsu we share, she suddenly adds another point for her case.

Anyways, both are not into the idea of marriage right now, and I don’t like being dangled like some plaything. The younger one has no savings, while the societist is too focused on wanting to make the world better for society before pursuing his personal desires. Maybe that is why his relationship is kind of frosty with that PJJ girlfriend of his.

I have known her for quite some time, and am informed that as the eldest, her family wanted her to get married as soon as possible. They had hoped that someone would take her hand as soon as she graduated from her bachelor’s degree a couple of years back, but her then boyfriend was struggling with monetary and pride problems, so he called it quits in the most unceremonious of ways. And that hit her hard. Her family is well off, and although they are not ones who look down on people doing not so well, they do not understand the perspective of those they do not look down upon. Even if you are kind- no, more so if you are kind, people below you in social and wealth status will always feel inferior to you. And they will never want to stand beside her for as long as they are not on equal footing. That is what happened to her then boyfriend. Yet, her family doesn’t understand this, and neither does she.

By the way, she is, to put it in my words from my perspective, a cute girl with strong character but at the same time clingy or more appropriately, wanting attention in form of familial affection outside of her well-established nucleus family. And although initially showing protest against her family’s, mainly her father’s, idea of getting her married as soon as possible, the idea seem to have seeped into her, and she now more or less conforms to it. Such a daddy’s girl, obedient to her dad’s wishes, which is in no way wrong. Which father wouldn’t want to see their daughter happy, right?

But rushing off to find a life partner, plus eagerly so, just makes it seem like she’s one horny girl. Well yes, she is horny. Horny for affection, be it from the father who will be happy to see her wed off, and also from that man who she’ll call the king of her heart one day, in a halal manner, so to speak. And “in a halal manner” is no laughable meme here. Her family is moderately pious, and like most other Muslim Malay families I know of hailing from Bangi like hers, they do take this seriously.

So, considering her background in the background of my brain, I just worded something that may sound light but can be misinterpreted as deep. Lead her down the rabbit hole, and let her make peace with whatever decision she’ll make. By the time I finished, she laughed out loud at the absurdity of the idea, and how it seems like her decision is tied to materialism.

In that case, I only have one advice for you. Pick your banker wisely.

2.19am,

13th November 2017

Chasing Dragons on Elevated Highways

Let’s get along with the feeling of hopelessness


That ring you want,

That smile you cherish,

That call you had,

Those cheeks with blemish,

That friend you had,

Still have, you wished,

That leap of faith,

And fall to perish,

Those guts it took to ask a question,

Spawned reasonable yet unwanted reaction,

Those stars you see lining up for you,

To make out meaning when none is due.

 

Welcome despair, I’ll cherish you,

Welcome despair, hopeless me, and you.

 

12.38am

11th November 2017

 

p/s: Now I feel like having a rerun of Welcome to the NHK

Let’s get along with the feeling of hopelessness