Ejaan Deja-vu (Cik Dunia Selari bahagian 2)


2. Ejaan Deja-Vu Continue reading “Ejaan Deja-vu (Cik Dunia Selari bahagian 2)”

Semesta Monorel (Cik Dunia Selari bahagian 1)


1. Semesta MonorelImage

(Bahagian 1 daripada Projek Cik Dunia Selari)


Aku disebelahmu, engkau mengiringiku

Merentas masa, desa, perkauman, bandar

Menghubungkan yang tak terhubung

Bersama jambatan ataupun mekanikal kejuruteraan

Tanpamu, tak lengkaplah landasanku

Tanpaku, kaku besi buruklah kamu

Kita selari, kita senantiasa seiringan

Kita sentiasa dekat

Namun kita sentiasa tak bersentuh

Kita jauh terpisah

Namun kita senantiasa dalam pandangan dan jangkauan

Ironi itu kehidupan seharian

Ralat suatu percanggahan

Kasih, saling selarian

Sayangnya tak kesampaian

Aku mengiringimu, engkau disebelahku

Bersilang kita hancurlah landasan

Gelincirlah keretapi, hilanglah tujuan

Namun tak sanggup aku menjadi monorel

Seiring seorang tanpa teman..

8.01pm

16 Febuari 2013

 p/s: sesuai dibaca sambil lagu Sumatora Keibetai dendangan Soutaisei Rirron berkumandang melalui corong fon telinga ^_^