Mandul Pemikiran


Bukan organ seks sahaja yang boleh menunjukkan tanda-tanda kemandulan.

Jika seseorang tidak dapat melunaskan tanggungjawabnya untuk memastikan kelestarian umat ini melalui persenyawaan, dia dikatakan mandul. Habis itu, bagaimana dengan mereka yang tidak dapat melunaskan tanggungjawab mereka untuk memastikan kebangkitan ketamadunan umat ini melalui pengzahiran ide-ide dan diskusi bermanfaat, baik konstruktif mahupun destruktif? Mandulkah mereka?

Aku kata, ya. Mereka ini golongan mandul pemikiran.

Bukanlah aku mengutuk mereka yang menjalani kehidupan seharian mereka semata-mata untuk hidup sahaja. Tidak. Usaha mereka untuk meneruskan kehidupan itu sudah cukup murni kukira, lebih-lebih lagi dalam dunia gila ini. Tetapi lambakan yes-man dalam masyarakat ini, lambakan kakatua yang mengulang kata tanpa olahan minda, membuatkan jiwaku sedikit lesu.

Dan aku bertambah lesu dan buntu apabila aku menyedari bahawa aku mula melangkah ke arah itu. Mula melangkah ke arah tak kisah, ikut sahaja ombak kata yang diilhamkan oleh entah siapa, omongkan sahaja apa yang didengari tanpa ulasan dan analisa, asalkan aku hidup. Biarlah kehidupan ini tidak bermakna.

Aku takut suatu hari nanti aku akan jadi seperti mereka yang aku benci, yang sudah mandul pemikirannya.

Atau dengan lebih tepat, aku takut pemikiranku memandul, dan akhirnya aku menjadi yes-man sahaja.

Kejarlah impianmu, mereka berkata. Itupun mengulangi ayat itu tanpa endah dari mana datangnya, asal-usulnya.

Bertindaklah mengikut gerak hati, mereka berkata. Kita semua penghasut. Jiwa anarki disemat dalam masyarakat bagai entropi kepada sistem yang tersusun. Heh! Pasti Cikgu Dabura marah jika dia ternampak ayat di atas. “Sistem yang tersusun. Itu lewah!” Ironinya, sistem ini, keteraturan ini ditentang kerana  ia disalahguna oleh beberapa pihak. Sistem yang sepatutnya murni ini sendiri telah menjadi kolot. Kolot, tanpa kasih. Sistem ini menjadi semakin tenat, semakin rumit, semakin mudah untuk disalahguna dengan kuasa menjadi taruhan. Mereka yang berjaya dijanjikan kemewahan dan kuasa, biarpun sekadar di dunia sahaja, ia cukup untuk mengaburi pemikiran ramai.

Entropi bukan sekadar dalam reaksi kimia sahaja. Ia ada dalam kehidupan seharian kita. Semakin teratur kehidupan, semakin tinggi peradaban, semakin kuat kuasa ghaib yang menolak ke arah bertentangan, ke arah destruktif, ke arah kecelaruan. Itulah entropi. Jadi, persoalan yang timbul, apakah peradaban itu suatu kesilapan? Apakah jika kita kekal di tampuk yang lama, di tahap yang rendah, entropinya kurang, dan kita akan hidup dengan lebih senang? Seperti tenaga potensi, makin tinggi duduknya, makin kuat dorogannya kemudian dalam bentuk tenaga kinetik. Maka, patutkah umat manusia kekal di titik yang rendah jika tidak ingin dihambur oleh tenaga kinetik yang bakal datang meribut? Itu satu jawapan yang boleh dipilih. Sama ada betul atau tidak, kita mungkin tidak akan pernah mengetahuinya. Lagipun, ke”betul”an suatu subjek bergantung kepada pemerhati dan nilai-nilai yang dia punyai. Tiada keadilan yang maha saksama untuk menilai apakah apa-apa subjek itu “betul” atau tidak melainkan Yang Maha Esa, dan penilaiannya rahsia kepada kita makhluk kecil di sampingNya.

Walau apapun jawapannya, kita harus terus mempersoalkan hingga jadi gila. Aku harus terus mempersoalkannya, agar aku tak melabel diriku mandul pemikiran. Pada hujung rencana ini, tetaplah diriku yang penting kepada diriku, selayaknya seseorang yang pentingkan dirinya sendiri. Biarlah semua aku dustai, kecuali kepada diriku sendiri.

 

6.35 pm

13 Oktober 2017

Advertisements
Mandul Pemikiran

Pelik


Hari ini, secara tidak sengaja, aku terjumpa satu kerja adaptasi yang pernah aku buat secara suka-suka beberapa bulan yang lalu. Asalnya, aku membuat adaptasi ini untuk menjengkelkan (betulkah penggunaannya di sini?) rakan sebilikku Jasper. Memandangkan dia reti bermain gitar dan suara nyanyiannya tidak kurang merdu, aku membuat adaptasi ini secara spontan dan selepas 15 minit memaksa, berjaya meyakinkan Jasper untuk menyanyi versi adaptasi ini. Malangnya, tiada rakaman peristiwa itu untuk aku wara-warakan.

Jasper berpendapat aku pelik kerana membuat adaptasi-adaptasi lagu Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun ke dalam Bahasa Melayu. Bagi aku, ini sekadar latihan memperkayakan kosa-kataku, di samping menunjukkan penghargaan kepada bahasa rasmi negara ini. Aku tidak setuju dilabel pelik untuk hobi ini. Tetapi pada hari ini, sambil menyelongkar folder lirik adaptasi dan menyanyi beberapa lagu tersebut secara suka-suka, konotasi itu menyinggah di fikiran. Dan mungkin untuk hari ini sahaja, aku akan mengaku bahawa hobi ini sedikit pelik.

 

Pelik (Adaptasi Melayu “Creep” oleh Radiohead)

Dahulu kau di sini,
Mataku tersipu,
Kau bagai bidadari,
Kulitmu mulus,
Kau gebu terawang-awang,
Di dunia serba indah,
Kuharap ku bermakna,
Kau yang teristimewa.

Tapi ku pelik, aku janggal,
Apa halnya aku di sini?
Ku tak layak di sini.

Ku tak kisah jika sakit,
Ku mahu kawalan,
Sempurna tubuhku,
Sempurna jiwaku,
Ku mahu kau sedari,
Bila ku tiada,
Kau yang teristimewa,
Kuharap ku bermakna.

Oh, dirinya menghilang lagi,
Oh, dirinya menghilang,
Oh, dirinya berlari pergi,
Oh, dirinya berlari.

Asalkan kau bahagia,
Apa jua kau pinta,
Kau yang teristimewa,
Kuharap ku bermakna.

 

11.50 am

28 September 2017

Pelik

A pocket called Pekeliling


Hey, have you heard about it?

Heard what?

There’s a killer on the loose on these streets.

Heh! Old news, brother.

Well, certainly for you, when you don’t know the details.

His friend snickered at him as he proclaim that he does not know the totality of it all, which triggered him. Trying to stay composed, with his back bent unto the pillar and a cigarette in hand, he tossed a mean glance towards his friend.

Now you’ve got me hooked. Tell me, old friend, what is it that I don’t know about these streets that you do?

His friend snickered again. His head wobbled with his suppressed laughter, which irritated him more.

Well, I won’t say I know more about these streets than you. But this killer, I sure do know more than anyone else around here.

And why is that, he said with his glance getting sharper than a newly sharpened pencil.

Because, you see, dear brother, I’m the only one who’ve seen him in the flesh and got away unharmed.

He squinted his eyes towards his friend. Go on, he said.

You see, dear brother, he doesn’t look all that menacing at all. In fact, he looks so ordinary, you won’t suspect a thing. He goes with some plain shirt and a cap. His ears always on the beats with his earphones plugged in. He usually carries an umbrella. You know, those short umbrellas that you could buy at any 7E and shove into your bag. That kind. Always wore slacks with leather shoes. It is as if he’s just off his shift or something.

So how does he do people in, he asks eagerly, bored of waiting and unappeased by the details.

Well, you see, those cords and that umbrella, that’s his weapon. He’s no higher than me, brother, and I’m a midget of a man, I tell you. But he sure can leap. And when he leaps, his umbrella can strike the back of the head so hard and clean, you won’t realize what’s coming for you. In your daze, if you survive the blow, I dare say, you’ll be strangled by those cords of his. Done within seconds, and then he leaves like nothing happened.

And how do you know of this, my dear friend?

Hahaha! You know my place up on that bridge near the station, right? Where I usually sleep. Perhaps he didn’t see me sleeping there. Well, who would’ve, I’m on the side beyond the rails. That’s where I saw him a couple of times. And his style, the way he attacked, you couldn’t even guess what’s on that bastard’s mind. The first time, I thought it was a street fight. But the second time I saw it, I knew he was someone. Then you know the couple of bodies they found in front of Vistana, and the other one near Sentosa? I think it’s him, alright.

So, who did he killed? Someone important?

That’s the thing, dear brother. I thought he was aiming a group, but my friends told me that no-one knew who these people are. Well, they do know a few of them, but these people were no big shots. They aren’t even connected. It’s as if he’s going on a random killing spree.

Bullshit, he thought to himself. Enough humouring this homeless geezer, he thought again. He took out his pack from his breast pocket and shove one out.

Want one, old friend?

His friend grinned from ear to ear.

Hehehe, thank you, thank you. It’s been awhile since I had my last puff.

They held their cigarettes together, and then he took flight without uttering a single goodbye. The rain has given way, so he proceeds to the bus stop. Blue line, blue line, he reminds himself repeatedly, not wanting to relieve the mistake he did the day before.

The streets were dark, but they were not empty. Nor was it quiet. Chatter came from the restaurants and tourists and hustlers and pushers, from all directions except from the ground below. The rumbling of trains from the rail above intersected between clamor of chatter. This is Pekeliling, he thought to himself. The quarter of hobos, pussies, and pushers. Of gangsters and guns. How people could get killed by some bizarre killer is so far-fetched, because people do get killed here on a daily basis. Just not because of some head-knocking umbrella or some savvy earphone cords.  Perhaps urban legends like these are what make these streets enticing to the dark-dwellers, to keep their sense of living high, to keep them on edge, thrilled, and alive.

Walking past rows of buildings, he arrived at the intersection near the bus stop. The Blue line bus in sight, he threw his cigarette to the ground. He swear he could hear the bud hitting the cold damp asphalt and at the same time felt a hammering thud at the back of his head. Fallen to the ground and unable to make heads or tails of what happened, he felt his breath chocked out of his lungs. It was in that split second that he realized something tight, like a wire, around his neck. Panicked but still adazed, he tried to get up. But the strength he had had left him, and as his awareness seeps away, he heard a very boyish voice, stern yet slow, coming from behind him.

Don’t you ever, EVER litter on these streets again!

9.41 pm

11th September 2017

A pocket called Pekeliling

The Brothers Datu


“Bandar yang terlampau sesak dengan orang ni boleh buat kau rasa jijik dengan manusia.”

-Mizan

Pengembaraan jiwa kali ini bermula dengan aku ke lapangan terbang pada pukul 12.30 tengah malam untuk menyambut ketibaan Datu. Di ambang merdeka, aku menelusuri lebuhraya MEX seorang diri, radio ditetapkan di frekuensi Lite fm, tingkap dibuka untuk penikmatan bayu malam yang maksima, dan lewati Stadium Bukit Jalil, menikmati sedikit pemandangan dan sorakan beribu rakyat Malaysia yang sedang berkumpul di sana untuk majlis penutupan Sukan SEA dan sambutan Hari Kebangsaan ke-60. Ketika ini, struktur luaran stadium dihias dengan pancaran cahaya yang gemerlapan, dengan perkataan MERDEKA terpampang sebesar-besarnya di tepi menghadap lebuhraya.

Mindaku mula tergelak dengan keserabutan peristiwa merdeka Malaysia. Malaysia sudah merdeka 60 tahun, ramai berkata, tetapi umur Perseketuan Malaysia ini sendiri baru ingin mencecah 54 tahun. Ironik kerana ramai rakyat Malaysia faham bahawa United Kingdom of Great Britain and Northen Ireland a.k.a UK adalah sebuah negara (istilah tepat adalah persekutuan kerajaan) gabungan empat buah negara: England, Scotland, Wales, dan Northen Ireland, tetapi daripada jumlah yang sama, cuma segelintir yang sedar dan faham bahawa Persekutuan Malaysia juga memakai konsep yang sama. Sudah tertanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bahawa negara ini tunggal, bahawa tanah di seberang Laut Cina Selatan itu merupakan dua buah negeri yang ‘memasuki’ Malaysia, bukannya sama-sama membentuk. Satu indoktrinasi yang berjaya mencapai matlamatnya, saya boleh katakan. Gagalnya cuma apabila orang dari Sabah atau Sarawak datang ke Malaya dan disambut dengan ucapan “Welcome to Malaysia” oleh saudara seMalaysia mereka. Heh! Lawak.

Setibanya di KLIA2, aku menunggu untuk beberapa ketika sebelum Datu menelefon dan berkata “tengok kanan”. Tanpa bangun dari kerusi pemandu yang aku lunjurkan ke belakang, sudah dapat kuagak keberadaan Datu di ruang merokok bertentang dengan kedudukan kereta Jasper yang kupinjam. Beberapa kuapan kemudian, aku meluruskan kerusi kembali ke posisi asal lalu pergi bersalaman dengan Datu. “Apa kau mau makan” merupakan soalan pertama yang ditujukan, yang membawa kepada pernyataan “saya lupa sekarang saya di semenanjung dan kedai makan masih buka di sini”. Kami tergelak kecil. Ya, teknologi memungkinkan untuk kita berada di tanah seberang laut ini dalam sekadar dua jam lebih, dan kita kadang-kala terlupa bahawa tanah di sebelah sini mempunyai budaya dan pembawaan yang sedikit berbeza dengan tanah di seberang sana. Di akhir puntung rokok Datu yang berbaki penapis, kami menelusuri lebuhraya malam untuk kembali ke tempatku. Perjalanan ini dihias dialog yang pelbagai, selayaknya magis yang tercipta apabila dua orang bersendirian bersama di dalam sebuah kereta.

Dengan dialog rancak inhibitor bungkam mata, latar mindaku mengira-ngira usia persahabatan ini. Aku mengenali Datu Amizan sekitar Januari 2002. Bermakna persahabatan ini sudah berusia 15 tahun setengah, antara hubungan yang paling lama aku punyai dengan individu di luar bulatan keluargaku. Datu seorang yang terus-terang, yang menunjukkan cintanya terhadap pelbagai aspek kehidupan, yang bersemangat menambahkan nilai kewujudan diri melalui media-media yang tampak kebudak-budakan (fansubbing anime dan rancangan tokusatsu ke dalam Bahasa Melayu, misalnya), dan juga seorang yang terperinci apabila berkisar soal konotasi pembawaan setiap tingkah laku, setiap strok lukisan, dan setiap bait dendangan lagu. Seorang programmer ketika masa pejabat, Datu bertandang ke bumi Malaya ini untuk tujuan yang kurasa agak murni: untuk menjemput adiknya Datu Anizam kembali ke Sabah selesai dua bulan praktikalnya.

Aku tidak mengenali Datu Anizam dengan mendalam. Kami bertemu beberapa kali sebelum ini disebabkan abangnya Datu Amizan, itu sahaja. Dan sepanjang tempoh dia berada di sini, tidak pernah dia berminat untuk bertemu sekadar untuk berlibur, bairpun setelah aku mengajaknya. Sebelum kuteruskan, baiklah kita memanggil adik-beradik ini dengan nama belakang mereka sahaja, si abang Mizan dan si adik Nizam. Mempunyai dua watak dengan nama yang sama adalah kurang sihat untuk penulisan fiksyen, dan agak mengelirukan dalam realiti kehidupan seharian. Sama seperti pasangan (pasangan!?) rakan rapatku, Nas dan Nasa. Kadangkala aku sendiri tersasul memanggil nama mereka.

Dua bulan keberadaan Nizam di sini adalah untuk latihan praktikal di sebuah syarikat animasi di Kelana Jaya. Seorang pelajar jurusan animasi, aku boleh melihat bahawa si adik ini, biarpun seorang introvert, juga mempunyai minat yang sama seperti abangnya apabila berbicara soal konotasi pembawaan pelbagai perkara. Sepanjang dua bulan di sini, hidupnya sekadar berada di rumah dan di pejabat dengan sedikit selingan masa di restoran. Itu sahaja. Nizam tidak memanfaatkan masanya berada di sini untuk melihat dunia, bak kata Mizan. Jadi, sesi jemputan Mizan ini bukan sekadar menjemput Nizam pulang, tetapi untuk membawanya melihat dunia juga. Maka bermulalah pengembaraan diriku dan adik-beradik Datu ini.

Sangat menarik apabila kita melihat suatu tempat yang kita biasa dengan kaca mata yang berbeza. Bagi aku, biarpun tidak berasal dari bandar ini, Kuala Lumpur suatu tempat yang sudah aku biasa. Biasa dengan orangnya, jalannya, langitnya, awannya. Biasa dengan pelbagai aspek yang aku telah tanam dalam minda separa sedarku sebagai sebahagian daripada cantik dan jelek bandar bernama Kuala Lumpur ini. Jadi, apabila bersama adik-beradik ini sebagai hos dan pemandu pelancong tidak bertauliah, aku mula melihat bandar ini dari kaca mata seorang pelancong. Seorang pelancong yang tidak asing kepada tempat ini, tetapi pada masa yang sama menyedari konotasi-konotasi kecil yang sebelum ini, jika bukan bersama adik-beradik yang kemaruk konotasi ini, tidak mungkin aku sedari.

Sebaik sahaja bertemu dengan Nizam, bicara kami berkisar kehidupan bandar dan pengangkutan awam. Bicara kami banyak terhabis ketika menelusuri bandar ini dengan berjalan kaki. Lorong-lorong Kg Baru yang telah aku biasa, kini aku melihatnya dari kaca mata yang berkilau. Mungkin benar manusia yang terlalu ramai, bandar yang terlalu sesak ini boleh dan akan membuatkan seseorang benci pada orang, benci pada karenah yang pelbagai, jengkel pada setiap perkara kecil yang suatu individu anggap bukan standardnya. Tetapi apabila berada bersama orang-orang yang tertentu, dengan bicara-bicara yang tertentu, yang ramah, fluffy memanjang, dengan pandangan yang lain daripada kebiasaan, semuanya akan ternampak keindahannya. Memang benar, setiap satu perkara, setiap satu objek, setiap individu, ada keindahan yang tertanam di dalamnya. Ya. Biarpun mereka yang kelihatan jahat. Biarpun si gelandangan yang kelihatan kotor, senyumannya apabila kita menghulurkan secebis roti atau sebotol air tersangatlah suci, tersangatlah indah. Ketika bersama adik-beradik ini, aku terpanggil kata-kata ketua jabatanku beberapa bulan lepas:

“I believe that nobody is intentionally evil. Everyone is made of good and is purposely good inside.”

Sumita

Aku kurang pasti kenapa kata-kata ini terngiang dalam kepala tatkala kami bertiga sedang menaiki eskalator berhampiran ruang tengah KLCC. Mungkin ayat Mizan sebelumnya (Oh! Mesti diorang sengaja ni buat tempat limpas tengah-tengah foodcourt ni kan, supaya kita terliur dan menyinggah kan. Kejam sungguh!) dan sengihan balasan Nizam apabila kami melalui medan selera yang memangkin ingatan tersebut. Balasanku, ini dinamakan taktik perniagaan. Mereka sekadar tersengih mendengar kata-kataku. Tapi mereka faham maksudku. Itu yang penting.

Tujuan kami ke KLCC (selain membawa Nizam ‘melihat dunia’, bak kata Mizan) hanya untuk ke Kinokuniya. Hampir tiga jam di dalam kedai buku itu, dan aku rasakan bahawa aku bukan setakat melihat jilid-jilid yang terampai semata-mata, tetapi banyak lagi lewati setiap barisan rak, setiap lembar mukasurat, setiap bait perkataan yang tertukar di antara kami bertiga. Perbualan menjurus ke arah kerja terjemahan, kualiti penulisan, gah lukisan muka hadapan, buku sebagai media pembawaan melebihi kata-kata seperti yang selalu terterap dalam minda kita, budaya penulisan picisan Malaysia, dan budaya kedai buku Jepun. Setiap perincian boleh menjadi bahan perbualan yang hangat, dan setiap kehangatan itu membakar satu api suam yang mengingatkan aku bahawa hidup ini indah, bermakna, bahawa bermasyarakat itu penting, bermanfaat, dan bahawa mencipta itu perit yang pahit tapi sedap, bagaikan masakan sayur peria.

Sedang aku mencari nukilan Dostoevski yang telah lama aku inginkan dan akhirnya kecewa kerana itu satu-satunya kerja beliau yang kehabisan stok di kedai tersebut, aku terfikir sejenak. Bilakah lagi aku akan menghargai kehidupan dan nuances picisan seperti saat ini? Bilakah pengembaraan jiwa seterusnya akan berlangsung? Apakah pengalaman hujung minggu bersama adik-beradik Datu ini akan dapat diulangi keenakannya, keselesaannya, kebermanfaatannya?

Aku harap jawapannya ialah ya.

10.56 pm

6 September 2017

The Brothers Datu

Perincian


Perincian yang sekelumit mana pun pasti menunjukkan sifat sesuatu objek ataupun pembuatnya. Sebuah sajak yang sarat tatabahasa, suara penyanyi yang berlapis-lapis nada, bunyi ombak yang berselang-seli antara  air yang menderu datang dan melambai pergi, semuanya menunjukkan bahawa terdapat pelbagai lapisan dalam menentukan bahawa ia harus terjadi sebegitu. Semuanya kompleks, mencerminkan kompleksiti dan jiwa yang dicurahkan ke dalam pembikinan setiap satunya. Kompleksiti yang aku tuliskan di sini bukanlah bernada negatif seperti kerumitan. Kompleksiti yang aku maksudkan di sini lebih kepada jumlah perhatian yang diberikan dalam proses pembikinan. Maka, pembikin mana yang lebih hebat jika bukan Yang Maha Esa? Ya, pastinya Dia pembikin nombor satu. Lihat saja pada diri kita, ini bukti terhebat pembikinannya.

Apa yang saya ingin beritahu ialah setiap satu ciptaan kita, baik lawak lisan mahupun arca ukiran, semuanya mencerminkan diri kita, personaliti dan jiwa kita, kerumitan kita dan proses pemikiran kita tatkala sedang mencipta. Oleh itu, mengena sangat jika orang berkata “ingin mengenali sesuatu negara, lihatlah tandas awamnya”. Kita yang berada di Malaysia patut malu dengan keadaan tandas awam kita. Bukan sahaja dari aspek kebersihan, tetapi juga dari aspek pembikinannya. Silap. Memang apa yang saya ingin tekankan di sini ialah aspek pembikinannya. Aspek kebersihan adalah satu hal yang berbeza. Aspek kebersihan bergantung kepada banyak faktor lain, termasuk mentaliti masyarakat yang menggunakan perkhidmatan tandas awam.

Tetapi aspek pembikinannya bergantung keseluruhan pada si pembikin. Aspek pembikinan menunjukkan jiwa si pembikin, baik si arkitek, si tukang cakung menyiapkan pembinaannya, ataupun si pegawai bandaran yang meluluskan pembinaannya. Dan rata-rata tandas awam di Malaysia ini menunjukkan simplisiti pemikiran kita, kecetekan akal yang waras apabila ingin mencipta sesuatu yang bakal digunapakai oleh orang awam secara peribadi. Dari lantainya yang berjubin licin, hinggalah lubang air di lantai, semuanya tidak kena.

Selalunya tandas awam di Malaysia menggunakan jubin bersifat licin. Selalunya juga tandas awam di Malaysia mempunyai lubang air yang berada di lantai yang rata. Ini semua, bagi saya, menunjukkan bahawa si pencipta tidak menggunakan daya imaginasinya untuk menjangka apa yang akan terjadi dalam tandas itu dari sehari ke sehari. Sudah pasti lantai yang berjubin licin akan memantulkan imej bak cermin apabila basah dek air. Dan ini selalu terjadi di tandas awam. Seringkali saya tanpa sengaja terlihat wajah si pengguna di jamban sebelah kerana takungan air di lantai. Mujur imej pantulan tersebut selalunya kabur seakan monokromatik, mengaburi apa-apa bahagian yang tidak ingin saya lihat. Namun begitu, kelihatan atau tidak, saya secara tidak sengaja telah merogol nikmat seseorang untuk membuang air dengan tenang tanpa sekodengan, dan dia membuat perkara yang sama pada diri saya. Suatu pengalaman yang tidak enak di dalam tandas awam. Hal ini terjadi kerana, i) pengguna tandas di Malaysia banyak menggunakan air untuk beristinjak, dan ii) lubang air di lantai berada pada paras yang rata, tidak memangkin air untuk segera mengalir melaluinya. Dan inilah yang seringkali menyebabkan pengalaman yang tidak seronok terjadi di tandas awam seluruh Malaysia.

Sebab itulah, apabila pada hari ini saya menggunakan tandas awam di stesen MRT Cochrane, saya berasa begitu terkejut dengan perincian yang diberikan dalam pembinaannya. Lantainya dibarisi jubin berpermukaan kasar yang bukan sahaja boleh menghalang pantulan akibat air, malah juga mengurangkan risiko tergelincir di dalam tandas. Dan di belakang mangkuk tandas pula, sebaris longkang yang mempunyai lubang air di hujungnya. Bermakna, jika air melimpah sekalipun, ia akan segera ke lubang air yang berada di bawah paras lantai yang lain. Mungkin kebanyakan pengguna tandas tidak menyedari hal ini, tetapi ia telah membantu mengelakkan kebarangkalian terjadinya situasi janggal dek pantulan oleh air pada permukaan yang rata.

Untuk para pembikin yang membikin tandas ini, ketahuilah bahawa anda semua hero yang berfikiran lebih daripada sekadar untuk menyiapkan sebuah tandas. Anda berfikir tentang perasaan para pengguna tandas, nilai estetika yang boleh diterapkan dalam ruang kecil tersebut, dan juga cara untuk mengatasi masalah yang sekian lama diabaikan oleh semua pihak. Perincian yang diberikan pada tempat yang sinonim dengan pembuangan sisa ini sungguh mengujakan, ingin sahaja saya bertemu dengan para pembikinnya lalu memberikan salaman yang erat sambil mengucapkan “terima kasih”. Kerana biarpun sekadar membikin sebuah tandas, mereka telah memberikan sebahagian jiwa mereka untuk menyampaikan mesej “kami kisah, kami peduli tentang masa peribadi anda di dalam kubikel kecil ini, biarpun jika kamu tidak peduli pun jika kami peduli atau tidak”. Untuk itu, terima kasih, para pembikin tandas.

 

1.32 am

2 September 2017

Perincian