Cantik


“Kerana takdir”, katanya,

Embun tertebar di rumpunan hijau,

Bening berkaca membias sinaran pagi,

Engkau mencari sebab musabab,

Takkan ketemu hati, takkan terpanggil minda,

Ulah manusia, ulah kita menghalangnya,

Langit kita sangka kita punya,

Apakah lupa kita juga kerdil?

“Namun aku masih tak puas hati,” katanya lagi.

 

Tapi ini semua dalam rancangan,

Indah disusun bagai buruj di langit,

Dahsyatnya tersingkap hanya

apabila kau cuba susunkan semula,

Kemudian gagal mencapai walau sekelumit.

 

Warna-warni pelangi itu kau lihat,

Ungu itu kau perhatikan,

Jingga dan merah kau cuba asingkan,

Usai dilihat, kau cuba nyatakan,

Di mana cacat-celanya ciptaan Tuhan.

 

12.06 am

19 Jun 2016

Advertisements
Cantik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s