Atas Kereta Api


Atas kereta api,

Aku sakit hati,

Melihat wanita itu,

Mengangkang tak tahu malu,

Meletakkan kaki di bangku,

Di hadapannya.

 

Atas kereta api,

Aku melepas keluh,

Melihat dua wanita Jepun,

Meletak beg atas bangku,

Oi, bangku untuk orang duduk,

Oi, lihat mata pasangan itu,

Penat mendukung anak,

Ingin tempat istirahat.

 

Atas kereta api,

Aku berasa sedih,

Melihat pakcik itu,

Menukar tempat sesuka hati,

Katanya mahu bersama isteri,

Maka kenapa tidak minta sekali?

Katanya semua tempat duduk sama sahaja,

Maka kenapa kau ingin bertukar tempat?

 

Atas kereta api,

Aku berasa rimas,

Aku berasa lemas,

Rimasku kerana gadis ini menyondolku,

Oi, kenapa aku pula yang rimas?

Kau tidakkah?

Lemasku menahan nafas,

Takut menghembus ke mukanya,

Oi, tak gelikah engkau kepadaku?

Seorang asing berpeluh tak kacak.

 

Atas kereta api,

Aku tersenyum sendiri,

Pabila abang itu usung tempat duduknya,

Kapada si kakak bunting,

Tak apa dik, stesen akak dekat sahaja,

Kami semua tergelak kelat,

Pabila si cikgu dengan dua anak muridnya berkata,

Berilah tempatmu kepadaku,

Aku sarat dengan cita-cita,

Untuk mendidik anak bangsa.

 

11.14 pm

18 April 2016

Advertisements
Atas Kereta Api

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s