Suatu malam Mentari bertandang


Dia membayangkan,

Atau lebih tepat, cuba membayangkan,

Suatu pemandangan,

Suatu permulaan,

Suatu perhentian,

Tapak rehat dan rawat,

Untuk jiwanya,

Mungkin.

.

Kemudian dia menutup mata,

Dia kini dia di sana,

Pantai Panjang dengan pasir putih halus mulus,

Atau di angkasa melihat Bumi dari toposfera,

Atau di atas sebuah sampan,

Teroleng-oleng lembut di permukaan Tasik Sulaman,

Sebentar lagi di Nicosia,

Melihat terang lorong-lorongnya tanpa pemisah lagi,

Kini dia di Antartica,

Terlentang bersama penguin dan anak-anaknya,

Melihat terang Catalina yang patut tak kelihatan di sini,

Kemudian dia kembali ke bumbung ini,

Dia kembali ke 2007,

Dia kembali ke pulau ini,

Melihat bunga api terang dari kejauhan,

Bersama sepupunya,

Dan sepupu kepada sepupunya,

Berpegang tangan dalam lindungan bayang tangki air,

Meluahkan perasaan kasih sayang yang mereka tahu akan ditentang,

Tapi mereka tidak kisah tentangan itu,

Mereka tidak kisah kehadiran dirinya di situ.

..

Kini dia kembali lagi ke tampat itu,

Di bumbung itu,

Pada malam ini,

Dia melihat laut di kejauhan,

Dan pesta di lorong-lorong pelabuhan,

Dan aspal yang kelihatan sejuk di bawah,

Dan membayangkan bahawa dia tak bererti,

Malam ini tiada pasangan kekasih yang berjanji sehidup semati,

Malam ini tiada yang berlindung di balik bayang tangki air,

Malam ini tiada orang di dalam bangunan itu,

Bangunan terbiar itu,

Cuma dia seorang yang ada di situ.

“Apakah itu naratifmu?”

“Apakah itu yang mahu kau sampaikan kepada semua?”

Dia berpaling dan melihat jelama tak dikenali,

Senyuman manis mungkin bererti,

Rambutnya berombak dalam bayu malam,

Dia datang menghampiri.

….

“Siapa kamu?” tanya dia,

Jelama hanya tersenyum tanpa kata,

Jelama menghampiri lagi,

Jelama menyentuh lembut dadanya,

Kemudian menolak kuat,

Dia terundur ke belakang,

Kemudian berasa bagai terbang,

Baru tersedar bahawa dia telah jatuh,

Melihat jelama tersenyum masih,

Di hujung bumbung itu, melambai perlahan.

…..

“Apakah ingin kau seperti itu?”

Dia tersentak dari jatuhannya,

Tapi dia kini tak jatuh lagi,

Dia masih di sana,

Masih di atas bumbung itu,

Bunga api mengembang di kejauhan,

Mengambang cantik dari pelabuhan,

Menerang sebentar kemudian memalap semula,

Kitaran cahaya dan gelap bertandang,

Dia tak ada jawapan kepada persoalan jelama,

“Apakah naratifmu sekadar itu?”

Dia menggelengkan kepala,

“Tapi ini bukan permasalahan Monty Hall,”

“Aku tetap akan membunuhmu, biarpun kau tak mahu.”

……

Dia gementar,

Tangan bergetar,

Dahi berpeluh,

Kaki meluruh,

Nafas tersentak,

Melihat senyuman manis perjaka,

Memikirkan nasib badan,

Takkan mampu terlepas daripada pembunuhan jelama,

Takkan punya masa untuk menyesal,

Akhirnya sekadar mampu bertanya,

“Siapa kamu?”

…….

“Akulah maut,”

11.46pm

31 Disember 2015

Advertisements
Suatu malam Mentari bertandang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s