Sang pemikir,
Kau tidur lagi,
Bukan kerana lelah,
Bukan kerana penat badan,
Tapi kau tidur lagi,
Kau lena lagi,
Nak kata terlena, kau yang lena sendiri,
Nak kata ditipu, kau tahu,
Nak kata apa lagi,
Khabarkan kepadaku.
.
Sang pemikir,
Berfikirlah,
Bertindaklah,
Bergeraklah,
Lepaskan tanda pundak selesa itu,
Berpijaklah pada kasar nyata bumi,
Berjalan kakimu, akalmu, tanganmu,
Bukan tidur lagi.
..
Sang pemikir,
Bangunlah dikau..
6.24pm
6 Oktober 2015
Advertisements