Medan Higgs Kita


Kenapa

Itulah persoalannya

Kenapa

Kau boleh terus maju

Membutakan hati

Mengeraskan diri

Menghadap cabaran

Mencantas dugaan

Yang melintang di tengah perjalananmu

Yang menghalang perkembanganmu

 

Kenapa

Persoalan kedua

Kenapa

Aku tak mampu maju

Tak ada kekuatan

Tak ada azam

Menghadap dunia

Walhal cabarannya sama

Rintanganmu rintanganku

Namun aku gagal bergerak

Aku jumud, statik setempat

Aku cuba berganjak

Namun tersadung kaki sendiri

Kenapa hatiku galau

Kenapa hatimu riang

Kenapa aku dan kau berbeza

Walhal aral kita sama

Kenapa aku berat

Kenapa kau ringan

Kenapa aku sendat

Kenapa kau melayang

Kenapa aku terperuk

Di hadapan skrin komputer

Kenapa kau mematang

Di hadapan skrin komputer

 

Kenapa

Persoalannya kenapa

Kau dan aku sama sahaja

Namun kau dan aku berbeza dapatan

Berbeza terang dan gelapnya

Walhal medan Higgs kita sama

 

10.45pm

26 Jun 2014

 

Advertisements
Medan Higgs Kita

One thought on “Medan Higgs Kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s