Iluminasi (dan kemas rumah)


Seharian seorang diri di rumah pada hari Ahad kadang kala merupakan suatu nikmat yang kita hanya akan hargai jika sepanjang masa anda tidak berada di rumah. Itulah kesimpulan yang aku boleh buat untuk hari ini, dan hari ini belum berakhir, hehe.

Jadi hari ini aku bercadang untuk mengemas rumah. Aku mula kemas dari pagi tadi lg, 360 degrees (la kunu, hehe). Ni pun update blog masa tengah rehat dua jam sekejap. Sambil2 kemas td ada la jumpa dua tiga benda yang lama sudah aku nda nampak (atau sedarpun yang aku ada benda tu). Paling best, aku terjumpa balik sajak aku yang aku ingatkan hilang lamaaaa sudah. Tajuknya Iluminasi (bukan Iluminati ya, hehe. teda kaitan pun). Lama sudah aku cari benda ni, ingatkan tercicir masa balik dari kerja tu hari. Rupa2nya ada lagi, hehe. Jadi sebelum dia hilang sekali lagi (lost for good lah katakan), bagus aku abadikan di sini untuk rekod aku dan tatapan sesiapa yang mau tengok la, hehe.

(Definisi sekejap di sini ialah melihat dua movie berturut2 sambil facebooking n update blog. Sekejap kan, hehe)

image
Bilik selepas dikemas. Cuba bayangkan rupa dia sebelum dikemas, hehehe

 

Iluminasi

 

Apakah sensasi ini?

Apakah yang kucari?

Di manakah resolusi?

Di manakah akhirnya pencarian?

.

Dan aku kegelapan

Dan aku keseorangan

Dan aku kesepian

Aku sesat…

..

Datanglah, oh datanglah

Aku tak kisah, aku tak kisah

Sinarlah, sinar, sinarlah

Terik mentari, cahya rembulan

Kuperlukan bimbingan

Kuhendaki suatu jalan

Kuperlukan iluminasi

Ya Allah, ya Rabbil Alamin…

3.08pm

10 Disember 2011

(ps: satu ja slack skg ni. Aku di rumah sewa, bukan di Villa Mentadak Teduh yg kusayangi, huhu. Bila la aku boleh balik sana lagi, huhu…)

(ps2: kita semua perlukan iluminasi, hehe)

(ps3: tiada ps4 lepas ni. PS4 belum kena buat lagi, hehe)

Advertisements
Iluminasi (dan kemas rumah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s